Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,
Apa khabar semua, sihat? Maaf lama menyepi, agak sibuk dengan kehidupan baru setelah melangkah ke alam pekerjaan.
Untuk artikel kali ini, saya akan menggunakan Bahasa Malaysia dan bersifat lebih santai sahaja. Hari ini saya nak mengulas mengenai buku yang telah saya baca yang bertajuk 'HIPSTER HARTANAH' yang dikarang oleh Harith Faisal.
Harith Faisal merupakan graduan daripada Universiti Kebangsaan berumur 28 tahun. Beliau adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Aktuari) dan kini bekerja sebagai pegawai bank.
Konsep atau tema 'HIPSTER HARTANAH' bagi saya sebuah buku yang bersifat santai sesuai dengan umur penulis yang masih muda lagi. Penerangan yang jelas, mudah difahami dan disertai dengan pelbagai ilustrasi bagi memudahkan pemahaman pembaca.
Penulis berjaya menerangkan konsep serta peraturan asas dalam membeli rumah. Antara penerangan yang diberikan seperti konsep pemilihan rumah sub-sale, pengiraan debt service ratio, dan tips bagi memudahkan pinjaman bank untuk diluluskan
Selain itu, penulis turut menekankan kepada golongan lepasan siswazah dan juga golongan wanita untuk mempunyai kesedaran mempunyai harta dan aset sendiri. Beberapa kajian kes sebenar telah dikongsikan oleh penulis.
Secara konklusinya, buku ini ditulis dengan menyasarkan golongan belia dengan harapan dapat meningkatkan kesedaran dan juga ilmu dalam membeli hartanah. Buku ini sesuai juga dibaca kepada pembaca yang ingin membeli hartanah dengan tujuan untuk kediaman sendiri atau mereka yang berminat untuk menjadikan hartanah sebagai pelaburan.
Harga buku 'HIPSTER HARTANAH' adalah sebanyak RM 30.00 dan boleh didapati di kedai buku di serata Malaysia
Rating: 7/10
Comments